Apa kes Ketua Pemuda MIC PJ mahu borak-borak dengan Master?

Rupa-rupanya projek baiki kebocoran rumah flat di Desa Mentari tu bawah dia.

Dia nak claim last payment berjumlah RM200.

 

"Lain kali kalau nak deal dengan kontraktor, cari yang tak minta deposit dengan alasan nak beli barang.", kata Master.

Master malas nak layan, dah bayar RM700 pun sebelum ni. Kerja tak siap pun lagi, sepatutnya cari kontraktor yang bila settle semua kerja baru bayar. Ini rumah atas masih bocor lagi. Susah betul rumah berbumbungkan lantai orang ni.

Takperla Master oiii, nak buat macam mana dah terkena, dek kerana hormatkan jiran yang lebih tua. 

Erm, Tedi survey lama jual rumah tadi. Rumah flat Desa Mentari tu yang tiada perabot dijual RM110,000.

Mahal betul harga rumah sekarang, tapi nilai duit pun dah lama merosot.

RM110,000 itu bersamaan :

  • 18 tahun kos petrol kereta Master.
  • 11 tahun kos petrol + tol hari-hari Master pergi kerja (nasib baik free parking).

Itu kalau harga petrol & tol tak naik la. Belum kira harga makan minum seharian. Tapi itula, kaum manusia ni tak boleh terlalu berkeluh-kesah, terimalah taqdir, tapi pada masa yang sama janganlah takut menuntut hak melalui cara yang disediakan.

Tedi nak Google jap betul ker ketua Pemuda MIC PJ namanya Rajan?

*** 3 Jun 2013 ***