Sesiapa di kalangan penduduk Malaysia mungkin melihat "Man of Steel" sebagai hiburan keluarga dengan heronya kini sudah tidak berseluar dalam.


Namun Warner Bros melihat "Man of Steel" daripada konsep berbeza.

Puas Tedi fikir kenapa Superman tak guna hero muda remaja seperti trend cerita superhero sekarang. Rupa-rupanya ada sebab tertentu.

Man of Steel adalah bayangan Jesus Christ.

Jangan terkejut. Itulah yang Warner Bros bayangkan.

Bagi mereka, Man of Steel adalah bayangan Jesus Christ melalui ciri-ciri berikut:

  • mempunyai ibu bapa tumpang (keluarga angkat),
  • mempunyai misi selamatkan kaumnya sendiri,
  • punyai kuasa luarbiasa yang tidak difahami,
  • bergelut dengan kuasanya & mempersoalkan kuasa yang diberikan Tuhan kepadanya, dan dijawab oleh bapa angkatnya, "Kamu punyai bapa di luar sana dan dia menghantar kamu ke mari dengan tujuan tertentu."
  • korbankan diri sendiri pada umur 33-tahun (umur dipercayai mereka Jesus mati),
  • ketika jatuh dari langit, tangannya seperti disalib.
“Apabila saya duduk dan hayati filem itu, saya melihatnya adalah kisah Christ, dan kasih sayang Tuhan disulam dalam cerita itu." - Quentin Scott, pastor Shiloh Christian Community Church di Baltimore.
Apa-apa pun jangan cepat melatah! Biasalah omputeh sehabis daya memasarkan produk mereka, asalkan jualan mereka laris. Dakyah seperti ini gunanya untuk menarik perhatian penganut Kristian ke panggung.
“Selalunya komuniti penganut Kristian dilihat melalui penentangan mereka. Dengan filem seperti `Man of Steel’, ini salah satu peluang untuk meraikan filem yang mengukuhkan kepercayaan, pengorbanan & kesediaan untuk berbakti,” -professor di  Pepperdine University, Craig Detweiler.
Detweiler bertanggungjawab sediakan nota ceramah (sermon) berkaitan filem ini dari sudut Jesus Christ bertajuk "Jesus: The original superhero" untuk mereka gunakan sebagai promosi di gereja2.

Komen Tedi mengenai "Man of Steel" sebagai cerita Jesus.

  • Alah, dalam cerita Ultraman pun banyak dakyah macam ni, paling mudah masa Ultraman fire, tangannya disilangkan. Mula-mula Tedi tak perasan, tapi ada 1 episod fire tu keluar berbentuk salib.
  • Tak kisahlah tonton cerita tu, tapi ceritakanlah juga kisah Nabi Isa alaihissalam. 
    • Kalau bapa angkat Clark Kent ialah Jonathan Kent, siapakah Nabi Allah yang jadi bapa angkat Nabi Isa alaihissalam? 
    • Lebih sesuai dipanggil datuk angkat kot sebab Nabi tu pelihara Maryam, dia tiada anak walaupun dah tua, sehingga apabila dia melihat peribadi Maryam, dia pun berdoa agar diberi anak yang bagus seperti Maryam. 
    • Dia pun akhirnya mendapat anak yang diberi nama Yahya (Nabi Yahya a'laihissalam), bermaksud yang hidup kerana lama sangat nak dapat.
    • Kenal siapa Nabi Allah yang Tedi ceritakan tu? Dah banyak klu dah tu, hehe.
  • Renung-renungkan dan selamat mengkaji. Jangan telan bulat-bulat kiriman Tedi ni sebab Tedi hanya beruang biasa.

Boleh baca blog ini: