Apakah makanan manusia yang sesuai untuk kucing perliharaan manusia?

Gambar ikan di Jeti Tanjung Sedili, Sedili Besar, Johor, Malaysia. Teks makanan sesuai untuk kucing.
Ikan segar yang boleh didapati di Jeti Perikanan Kuala Sedili, Johor, Malaysia.
Adakah ikan ini sesuai untuk santapan kucing-kucing di rumah anda? Kalau kucing rumah makan ikan macam ni, nescaya tuan kucing semakin kurus tatkala kucing mereka menggemukkan dirinya.

Pernahkah kaum manusia yang membela kucing memikirkan masalah ini? Atau kaum manusia yang membela kucing berfikir bahwa kucing mereka boleh makan apa sahaja yang mereka makan?

Berikut adalah senarai makanan manusia yang boleh diberi kepada kucing kesayangan manusia jika keadaan darurat. Senarai ini disediakan oleh pembela kucing tegar, Rose Mary Budge.

***

Makanan manusia yang kucing rumah boleh makan:

  1. Daging lembu, ayam atau ayam belanda yang telah dimasak.
    1. Pastikan tulangnya telah diasingkan supaya kucing anda tidak tercekik.
    2. Daging mentah dibolehkan untuk kucing namun bagi kadang-kadang sahaja. Orang tua tak bagi makan ayam mentah atau burung mentah kerana dikhuatiri sang kucing akan menghambat ayam ternakan manusia.
  2. Ikan mentah atau dimasak. Udang adalah yang terbaik!
  3. Deli ayam, ayam belanda atau deli daging lembu, tapi elakkan yang berperisa atau berempah. Nanti mati kepedasan lak sang kucing.
  4. Daging untuk makanan bayi, tapi sila periksa jika ada perisa bawang.
***

Makanan manusia yang kucing rumah tak patut diberi makan:

  1. Makanan bergaram macam kerepek. Ia boleh menyebabkan kucing anda muntah2.
  2. Alkohol, bukan sahaja berbahaya kepada kucing, manusia pun.
  3. Kopi, mahupun kopi O atau biskut berperisa kopi.
  4. Coklat
    1. Baik bagi Tedi daripada bagi kucing anda! 
    2. Macam mana dia-kucing nak gigit coklat tu? Lekat la di celah gigi mereka nanti. Lepas tu mereka tak pandai berus gigi, rosaklah nanti gigi mereka!
  5. Teh.
  6. Kacang-kacangan.
  7. Tuna untuk manusia.
    1. ia kandungi mengandungi merkuri yang merbahaya kepada kucing.
    2. sebaliknya berilah mereka tuna khas untuk kucing.
  8. Susu terutamanya susu lembu
    1. terkejut? hakikatnya kucing tidak perlukan susu.
    2. masalahnya agak kompleks berkaitan dengan sistem penghadaman kucing.
    3. jika kucing tu amat bermasalah dengan susu lembu, ia akan muntah-muntah atau kembung perut.
    4. masalah ini disebabkan kucing tidak menghadam laktosa dengan baik.
    5. jika kucing (terutamanya anak kucing) perlukan susu alternatif kepada susu ibu mereka, berilah susu tanpa laktosa kepadanya (khususnya yang khas untuk kucing).

***

Makanan pelik2 yang pernah kucing nenek Tedi makan:

  1. Durian, 
    1. memang kelakar la, calar-balar biji durian tu dibuatnya.
    2. bila dia bau durian je mula la dia meow-meow minta kopek.
  2. Kuaci
    1. Adakah kuaci tergolong dalam kategori kacang?
    2. Kucing nenek Tedi selamba je makan.
    3. Masalahnya ialah kita la yang kena kopek kuaci tu untuk dia.
    4. Bukan dia gigit pun, dia telan je. Huh!
Mungkin ada banyak lagi mengikut pengalaman masing2 ketika membela kucing rumah masing2.

Sekian, terima kasih.


Kiriman ini adalah hasil rumusan daripada artikel: "Is ‘people food’ ok for cats?"

Makanan yang boleh diberi kepada kucing. Makanan kucing yang sesuai apa yang boleh kucing makan Ikan yang sesuai untuk kucing, makanan darurat untuk kucing, bolehkah kucing minum susu lembu? jawapannya, tidak patut kucing diberi minum susu (kecuali susu ibu)! kucing perut kembung, makanan darurat untuk kucing