Komentar mengenai "Lagu Kedamaian" oleh Master:

"Lagu Kedamaian" ni merupakan lagu kegemaran Master daripada album Untukmu Teman. Album ini merupakan album Brothers yang terbaik bagi diri Master. Merupakan album pertama Brothers selepas Yassin bergerak solo. Erm, sebenarnya banyak lagi lagu2 dalam Untukmu Teman yang Master minat. Kita layan yang ni dulu.
Kulit album nasyid Untukmu Teman oleh munsyid BrothersHutang gambar: al-Kuliyyah: Album Untukmu Teman

Lirik "Lagu Kedamian" oleh Brothers daripada album nasyid Untukmu Teman

Sahabat,
Duniaku kini tiada ceria,
Hilang entah ke mana?
Detik-detik yang ku lalui penuh duri.

Bilakah segalanya akan berakhir?
Kedamaian kan muncul kembali.

Mengapa tangisan itu masih terdengar lagi?
Adakah tiada siapa peduli?

Sahabatku,
Bersabarlah dengan ujian Tuhan,
Natijah kealpaan,
Kepahitan yang kau lalui pasti berakhir,
Kedamaian kan muncul kembali.

Di mana nilai kemanusiaan sebagai hamba Tuhan?
Hadirlah kedamaian, kami memerlukan.

Hadirlah kedamaian,
Kami memerlukan,
Di bumi yang telah gersang,
Tumbuh pohon nan subur.

Komen oleh Tedi:

Erm, maksud lagu ni mungkin mengharapkan kedamaian yang ditujukan umum kepada dunia.

Aku akan sentiasa ada untukmu teman.
Apa relevannya gambar ni dengan Lagu Kedamaian? Tiada apa.
Terjumpa masa cari gambar album Untukmu Teman tadi, disebabkan ia teramat comel, Tedi selitkan dalam ni sekali, hahaha.


20130606