Perkhidmatan penjara persekutuan Rusia berkata seekor kucing telah ditangkap di salah satu kemudahan penjara mereka ketika cuba menyeludup telefon bimbit. 


Kucing yang tak bersalah menjadi mangsa kerakusan manusia!
Bagaimanakah nasib kucing ini? Tedi rasa sungguh sedih.

Alkisah disebutkan bahawa pengawal-pengawal yang sedang melakukan rondaan di Penal Colony No.1 di Rusia utara ternampak seekor kucing di atas pagar yang kelihatan seperti sedang membawa sesuatu.

Setelah mereka melihat dengan lebih dekat mendedahkan bahawa telefon bimbit dan pengecas diikat ke perut kucing itu.

Penghuni penjara Rusia biasanya merasuah pengawal untuk mendapatkan telefon bimbit.

"Tidak jelas bagaimana kucing itu akan menghantar barang rampasan itu." ,

Kucing tertuduh, yang juga fasih berbahasa Rusia dan punyai beberapa tatu yang mencurigakan di bawah bulunya, enggan menjelaskan sebahagian daripada rancangan itu dan meminta untuk berjumpa dengan peguam beliau. Hahaha, gurau je.

Kucing itu sebenarnya kucing terbuang dan dipercayai dibela oleh banduan dari kecil, kemudian diperkenalkan kepada ahli keluarga banduan, supaya mereka dapat mempergunakan beliau untuk menyeludup barang-barangan larangan di penjara.

Manusia yang membuat onar, haiwan merangkap kawan2 Tedi juga menjadi mangsa. Manusia memang kejam dan buta hati!

Sumber:


20130609