Kepada para pemilik Tikus Belanda (Guinea Pig) di luar sana, inilah masanya untuk menghadiahkan buah hati anda sesuatu yang istimewa.

Baju perisai untuk Tikus Belanda? Betul ke ni Tedi?

Siapa lagi tak percaya? Tengok je la semua gambar di bawah ni. Comel baju perisai ni.

gambar hamster atau tikus belanda memakai baju perisai atau baju besi.
Jangan main-main. Sedia untuk berperang!
Tikus Belanda ni sekadar hiasan. Beli sendiri...

Comel kan? Cute macam sang pemakainya.

Itu bukan baju perisai la Tedi, itu baju rantai!

Sedikit sejarah mengenai chain-mail suit

Memang la direct-translation nye baju rantai, tapi Tedi panggil baju perisai sebab tugasnya untuk lindungi badan.

Ia direka sedemikian untuk mengurangkan berat berbanding baju perisai yang sepenuhnya besi. Selain ringan, ia tiada kesan trauma seperti versi full-armor kerana apabila diserang, tiada kesan hentakan.

Baju perisai jenis chain-mail ni asalnya direka untuk tangkis serangan long-bow Briton, tapi akhirnya ia terbukti efektif juga menangkis tikaman pedang Eropah yang bermata lebar.

gambar hamster atau tikus belanda naik jet-ski sambil memakai baju besi
Wah, knight datang naik jet-ski la. Adakah dia datang membantu Wonderpet?
Menolong haiwan yang dalam kesusahan?
(Jet-ski ni rasanya dijual berasingan, hehehe)

Lupakan dulu pasal sejarah baju perisai tu, manusia tak minat nak baca pasal tu (kecuali Master, dia tu kan pelik?).

Sedang dilelong di eBay sehingga 21 Jun 2013, cepat survey kalau berminat!

Yang bagusnya, kawan2 bukan sekadar boleh tengok & baca saja. Tapi boleh beli kalau nak sebab uniform ni sedang dilelong di eBay. Kalau nak sila le serbu eBay secepat mungkin. Tadi harganya US$425 dengan 49 bidaan, tak tahulah sekarang ni berapa. Boleh pergi ke sini: Hand-made Guinea Pig Scale-Mail and Helmet (Armor).

gambar baju perisai lengkap dengan topi keledar. saiz seekor Guinea Pig atau tikus belanda
Sungguh cool. Tedi pun nak satu kalau ada saiz Tedi.

Tedi dah kongsikan, terpulang kepada kawan-kawan, kalau berkenan silakanlah membida!

Semoga berjaya!

Sumber:

20130617