Master selalu bawa Tedi ke Pantai Dalam sehingga Tedi terfikir di mana pantainya?

Persoalan itu sering mengganggu fikiran Tedi. Bila Tedi search guna Google & Bing.com, apa yang Tedi dapat ialah lawak jenaka mengatakan nama Pantai Dalam berasal daripada "Pam Taik Dalam" sempena kedudukan loji kumbahan di sana.

Bau daripada loji kumbahan itu memang mengganggu Tedi, macam mana la dengan manusia yang tinggal di sana? Dengar khabar nanti akan ada loji kumbahan moden dengan taman di atas loji itu. Moga jadi kenyataan. Kasihan penduduk Malaysia yang rata-ratanya tak berapa nak kaya di sana.

Berbalik kepada persoalan Tedi tadi, akhirnya Tedi bertanya kepada Master.

Master tak jawab, sebaliknya dia kirimkan 1 gambar.

Gambar peta kawasan Pantai Dalam dan Lembah Pantai di sekitar Sungai Pantai yang mungkin menjadi asal kepada nama kawasan tersebut.
Gambar yang dikirim Master.

Kawan2 nampak apa yang Tedi nampak?

Ada satu sungai kecil je yang berasal daripada Sungai Kelang, bermula daripada kawasan Midvalley sehingga ke Universiti Malaya melalui tepi Menara TM dan juga Stesen LRT Kerinchi.

Nama sungai itu ialah Sungai Pantai!

Tak nampak? Google Map la sendiri...

Carian dalam Bing.com menunjukkan Sungai Pantai ini tak wujud dalam peta, mungkin sebab rupanya lebih kepada longkang besar, hehe.

Lembah Pantai sempena nama sungai?

Kawan2 terfikir apa yang Master fikirkan?

Master berpendapat bahawa Lembah Pantai mengambil nama sempena "lembah kepada Sungai Pantai", seperti tradisi orang dulu-dulu bagi nama contohnya seperti Lembah Kelang.

Namun nama yang lebih popular di Malaysia ialah "kuala" seperti Kuala Lumpur, Kuala Terengganu, Kuala Muda dan lain-lain.

Jadi bila dah tahu ada sungai bernama Sungai Pantai, lebih mudah untuk membuktikan nama tempat2 sekitar:

  1. Bukit Pantai
    1. kawasan berbukit di utara Sungai Pantai
  2. Pantai Dalam
    1. di selatan Sungai Pantai
    2. berada di hulu sungai
    3. Pada zaman dulu, kawasan kuala dianggap lebih maju & kawasan hulu dianggap "darat".
    4. Perkataan "dalam" mungkin merujuk kepada "hulu sungai".
    5. Nama ni agak unik sebab selalunya diberi nama "ulu" seperti Ulu Selangor, Serting Ulu, dan lain-lain. Tapi kalau bagi nama Ulu Pantai, macam tak best lak, hehe.
  3. Kampung Pantai
    1. di selatan Sungai Pantai
    2. berhampiran Sungai Kelang, mungkin dulu tempat persinggahan utama.

Kesimpulannya?

Tedi fikir pendapat Master ini betul sebab ada hujah & bukti.

Zaman dulu kala, sungai memainkan peranan penting sehingga banyak tempat dinamakan sempena nama sungai. Masalahnya ialah bagaimana sungai itu sendiri mendapat nama?

Adakah Sungai Pantai ini dahulu mempunyai tebing landai seperti pantai sehingga dinamakan sedemikian? Pendapat Master ini mungkin ada benarnya juga kerana ada Kampung Pasir berhampiran kawasan itu. Kawasan berpasir selalunya dipanggil pantai.

Erm.. cukup itu dulu, nanti kalau ada sumber2 lain, Tedi kemaskini lah.

Rujukan:

  1. https://en.wikipedia.org/wiki/Lembah_Pantai

# sejarah Lembah Pantai KL # bagaimana Pantai Dalam mendapat nama? # asal-usul nama Pantai Dalam

Gambar peta kawasan Pantai Dalam dan Lembah Pantai di sekitar Sungai Pantai yang mungkin menjadi asal kepada nama kawasan tersebut. Gambar yang dikirim Master.

Kawan2 nampak apa yang Tedi nampak?

Ada satu sungai kecil je yang berasal daripada Sungai Kelang, bermula daripada kawasan Midvalley sehingga ke Universiti Malaya melalui tepi Menara TM dan juga Stesen LRT Kerinchi.

Nama sungai itu ialah Sungai Pantai!

Tak nampak? Google Map la sendiri...

Carian dalam Bing.com menunjukkan Sungai Pantai ini tak wujud dalam peta, mungkin sebab rupanya lebih kepada longkang besar, hehe.

Lembah Pantai sempena nama sungai?

Kawan2 terfikir apa yang Master fikirkan?

Master berpendapat bahawa Lembah Pantai mengambil nama sempena "lembah kepada Sungai Pantai", seperti tradisi orang dulu-dulu bagi nama contohnya seperti Lembah Kelang.

Namun nama yang lebih popular di Malaysia ialah "kuala" seperti Kuala Lumpur, Kuala Terengganu, Kuala Muda dan lain-lain.

Jadi bila dah tahu ada sungai bernama Sungai Pantai, lebih mudah untuk membuktikan nama tempat2 sekitar:

  1. Bukit Pantai
    1. kawasan berbukit di utara Sungai Pantai
  2. Pantai Dalam
    1. di selatan Sungai Pantai
    2. berada di hulu sungai
    3. Pada zaman dulu, kawasan kuala dianggap lebih maju & kawasan hulu dianggap "darat".
    4. Perkataan "dalam" mungkin merujuk kepada "hulu sungai".
    5. Nama ni agak unik sebab selalunya diberi nama "ulu" seperti Ulu Selangor, Serting Ulu, dan lain-lain. Tapi kalau bagi nama Ulu Pantai, macam tak best lak, hehe.
  3. Kampung Pantai
    1. di selatan Sungai Pantai
    2. berhampiran Sungai Kelang, mungkin dulu tempat persinggahan utama.

Kesimpulannya?

Tedi fikir pendapat Master ini betul sebab ada hujah & bukti.
Zaman dulu kala, sungai memainkan peranan penting sehingga banyak tempat dinamakan sempena nama sungai. Masalahnya ialah bagaimana sungai itu sendiri mendapat nama?
Adakah Sungai Pantai ini dahulu mempunyai tebing landai seperti pantai sehingga dinamakan sedemikian? Pendapat Master ini mungkin ada benarnya juga kerana ada Kampung Pasir berhampiran kawasan itu. Kawasan berpasir selalunya dipanggil pantai.
Erm.. cukup itu dulu, nanti kalau ada sumber2 lain, Tedi kemaskini lah.
 
Rujukan:
  1. https://en.wikipedia.org/wiki/Lembah_Pantai

    Asal usul nama Pantai Dalam. Bagaimana Pantai Dalam mendapat nama? Asal usul Lembah Pantai

20130610