Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2013

Sekadar LIKE tak membantu.

Mungkin keras bunyinya, tapi itulah kenyataannya.
Kempen "Liking Isn’t Helping" – untuk Crisis Relief Singapore "mengejek" budaya meminta orang "Like" di FB atas sesuatu isu, seolah-olah sesiapa yang tidak "Like" adalah bersalah kerana tidak peduli. 
Sebaliknya kempen ini menekankan bahawa sesiapa yang prihatin sepatutnya membantu dengan sukarela.



Mimi & Wangcai, sungguh cool...

Seekor anjing yang cool dan temannya seekor kucing yang sungguh santai.
Gila hebatlah pasangan 2 ekor ni!

Bukan senang nak jumpa anjing dan kucing yang best friend, tambahan lagi apabila Sang Anjing menurut trend fesyen ala-ala K-POP dengan memakai kaca mata & telefon di lengan.

Sang Kucing pulak bukan hanya bermain-main dengan Sang Anjing, malahan menunggang temannya itu apabila penat berjalan.

Inilah kisah Mimi, seekor kucing dan temannya Mangcai, seekor anjing gangnam style dengan gelagat mereka yang menghiburkan di jalanan Kunming, China.



Sumber berita: Cat hitches a ride on sunglasses-wearing dog.

Ada cerita menarik mengenai kucing berwajah dua di laman ini: "Jom Tengok: Venus. The Coolest Cat Ever?"

Usaha kurangkan pencemaran udara mungkin undang lebih taufan!

Alamak! Berita terbaru ini membuatkan Tedi berada dalam dilema!

Sebelum ini Tedi sangkakan fenomena taufan di dunia ini berkait rapat dengan pencemaran udara.

Sangkaan Tedi itu betul, namun ia berkait rapat dalam arah yang berlawanan!

Kajian mendapati bahawa pencemaran udara di Atlantik Utara membantu membiaskan cahaya matahari daripada permukaan lautan di sana. Ini bermakna usaha manusia untuk membersihkan udara yang telah tercemar selama 20 tahun di sana akan mengundang lebih banyak taufan.

OMG... macam mana ni? Serba salah dibuatnya untuk menggesa manusia bersihkan ruang udara di bumi ni.
Lower pollution and cleaner air blamed for rise in hurricanes.New study links rise in number of hurricanes to improved quality of air.Reduction in Air Pollution Linked with High-Intensity Hurricanes in North Atlantic: Study.Man-made particles affect hurricane frequency, study finds.

Thelma & Louise: Kura-kura unik kelahiran Texas.

Siapa yang tak tergoda dengan kecomelan anak Sang Kura-kura? Malahan Tedi percaya lebih ramai tak dapat menahan godaan seekor kawan Tedi yang baru lahir di San Antonio Zoo ini.

Tedi perkenalkan Thelma & Louise!
"Eh Tedi, tadi Tedi kata seekor?" Betullah seekor kawan Tedi yang baru dilahirkan di San Antonio Zoo, kenapa?
"Tapi tadi Tedi sebut 2 nama, Thelma dan Louise, kan?" Ha'ah, betullah tu. Alah, malaslah Tedi nak cerita panjang-panjang, kawan-kawan tengok je lah gambar ni.



Berita penuh, silalah baca di sini: Two-headed turtle hatches at San Antonio zoo.


=== promosi seminit === Komik Dakwah terbaru oleh Ustaz Zakaria Talib dari Rembau kini telah terbit bertajuk QADHA SOLAT , Siri Mu'allim 3. Kepada mereka yang ingin mendapatkannya sila hubungi Ustaz Zakaria 019-2865129.
Kegigihan Ustaz Zakaria berdakwah melalui buku dan komik dilaporkan sebelum ini di "Komik Dakwah Rembau Most Wanted kini kembali"

Beruang Hitam pecah masuk zoo.

Selalunya zoo berusaha untuk memastikan haiwan di dalamnya tidak keluar.

Namun sebaliknya bagi seorang penjaga Knoxville Zoo di Tennessee apabila dia menyaksikan seekor Beruang Hitam memanjat tembok 10-kaki sebelum merayau-rayau di dalam zoo itu.
Dia segera memeriksa semua Beruang Hitam dalam zoo itu, dan selepas pasti bahawa Beruang Hitam yang dijumpainya tadi adalah "penceroboh", dia segera mencarinya semula namun tidak ketemu.
Selepas tiada kesan beruang itu dijumpai, pihak zoo berpendapat beruang itu telah blah daripada zoo tersebut.
"Black Bear Falls kelolaan zoo kami adalah di antara terbaik di negara ini, jadi mungkin berita itu sudah tersebar di kalangan masyarakat Beruang Hitam." - Pengarah Eksekutif Knoxville Zoo, Lisa New.
Sumber: Black bear scales 10-foot fence to visit Knoxville Zoo

Tedi Kejar Burung (5 foto)

Tedi terjaga daripada tidur apabila bunyi bising menyelubungi alam. Alhamdulillah, rupa-rupanya hujan lebat menyirami bumi berjerebu ini, setelah hampir seminggu rasanya tidak hujan.

Tedi lihat jam, owh, sudah jam 6 pagi, masa yang sesuai untuk Tedi memandikan diri dan berwangi-wangian. Sesuai dengan rupa Tedi yang cute ini, eloklah pula diserikan dengan haruman yang menggoda jiwa.

Seperti pagi-pagi yang lain, Tedi meminta bantuan Iron Man untuk menyiapkan pakaian sekolah Tedi. Nak tahu apa kerja si Iron Man? Silakan baca "Ada apa dengan Iron Man?".

Ketika Tedi menemani si Iron Man, kedengaran suara yang agak merdu di luar jendela. Tedi intai di sebalik tirai kamar dan Tedi mendapati seekor haiwan yang kurang cute berbanding Tedi seolah-olah sedang mencari sesuatu.

Selalunya Tedi faham bahasa haiwan, namun kali ini Tedi tak mengerti mungkin kerana dirinya pelat, lindahnya berpintal-pintal seperti kepala di atas bantal. Tak tahulah apa yang burung itu cari.

...



...

Tedi biar…

Semporna sambut Minggu Penyu.

Disambut bersempena Hari Penyu Dunia pada 16 Jun.
Hasil pameran kreatif yang dihasilkan para peserta beserta dengan mesej berkaitan penyu, telah dipamerkan dan dihakimi pada pembukaan Turtle Exhibition yang dianjurkan oleh WWF-Malaysia, Perpustakaan Negeri Sabah dan Pejabat Pendidikan Daerah Semporna yang bertempat di Perpustakaan Semporna.Majlis itu berlangsung pada 19 Jun lalu.Pertandingan itu dimenangi oleh SMK Datuk Panglima Abdullah, diikuti naib juara SMK Tagasan dan SMK Agama Tun Sakaran di tempat ketiga.
Kumpulan komuniti Wanita Pulau Omadal pula mengadakan jualan kraftangan daripada daun pandan di mana hasilnya akan digunakan untuk menyokong usaha pelindungan di Semporna Priority Conservation Area.Green Semporna, sebuah kumpulan sukarelawan turut hadir menawarkan pengambilan ahli baru.Para pelawat turut didedahkan dengan pameran poster di dalam dewan untuk menunjukkan kepentingan haiwan terancam itu kepada ekosistem Semporna.Tarikan utama di sana adalah patung penyu hijau bers…

Jawapan sepatutnya kepada alasan2 untuk naikkan harga tiket bas.

Dah lama Tedi dengar pasal "gesaan" untuk naikkan harga tiket bas sebanyak 30% oleh pengusaha bas kepada kerajaan.
Tapi Tedi malas nak komen sebab rasanya tak relevan dengan Tedi pun. Tapi duk terngiang-ngiang ayat siapa entah nama pakcik tu, berasap juga la rasa.

Pakcik tu kata "kami meminta kerajaan untuk meneliti, bukan memaksa, lepas pilihanraya ni tak elok paksa-paksa.", lebih kurang macam itulah ayatnya.

Rasa pelik lak ayat tu. Adakah mereka meminta jasa baik mereka "melobi" para perwakilan selama ini dibalas? Dan secara kebetulan kena masa nak dekat raya dah! Ini hanya andaian Tedi sahajalah, dah pakcik tu cakap macam tu kan.

Inilah masalah dengan dunia kapitalis. Rakyat marhaen yang mengundi ni takde apa nilai di sisi kerajaan kerana mereka akan utamakan para penyumbang dana kempen pilihanraya.

Selain itu banyak lagi alasan pakcik tu untuk naikkan harga tiket bas. Tedi cuba jawab satu persatu dengan penuh emosi. Malas la nak serius2, Tedi bukan n…

Tedi berjerebu!

Barulah Tedi perasan yang Malaysia dilanda jerebu yang amat dahsyat!
Pagi tadi Tedi bergegas bersiap untuk ke sekolah. Begitu juga Mommy & Master yang mahu segera sampai ke pejabat masing-masing.

Buka sahaja pintu rumah, astaghfirullahu adzim, kelabu asap ruang udara di sekitar rumah. Bukan itu sahaja, bau asap kuat menusuk lubang hidung Tedi yang mancung ini. Pembetulan, bukan lubang hidung Tedi yang mancung, tapi lubang kepada hidung mancung Tedi.

Dalam perjalanan menghantar Mommy ke pejabat beliau, keadaan jalan sungguh lengang. Keadaanya seperti dilanda garuda!

Di samping itu berita melaporkan bahawa Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Razak telah mengisytiharkan darurat kerana keadaan udara yang tercemar. Kelakarnya berita itu lebih fokus kepada memberitahu rakyat supaya tidak cemas dengan perisytiharan darurat itu kerana ia adalah berkaitan dengan jerebu dan bukannya berkaitan dengan pentadbiran negara! Huk aloh! Tedi rasa rakyat semua faham kerana dah selalu dah…

Ratapi pemergian rakan.

Selepas bosan melayan kerenah mereka bergaduh menuntut perhatian, pemilik haiwan mungkin terkejut apabila ada haiwan perliharaan mereka meratapi kematian kawan sepermainan.Kanadka terpaksa membiarkan anjing kesayangannya, Mauja, "dimatikan" selepas 2 tahun setengah berperang dengan barah.Kemudian dia mendapati anjing dan kucingnya yang lain mula berperangai aneh, mereka tidur bersama, di tempat Mauja, satu perkara yang tak pernah mereka lakukan.Tedi tengok gambar ni pun dah dapat rasakan kesedihan mereka.
http://www.reddit.com/r/pics/comments/1go0er/i_had_to_put_my_dog_mauja_down_last_saturday_i

Dolfin nazak dijadikan bahan berposing...

Apa kejadahnya sampai tiada hati perut untuk tolong haiwan yang sedang cedera tu? ...
...
Sekumpulan pelancong tanpa perasaan di wilayah Hainan, China, telah membuat keputusan yang membingungkan Tedi apabila mereka menarik seekor ikan lumba-lumba yang cedera keluar dari air dan bergambar dengannya.

Bukankah mereka sepatutnya menolong haiwan tersebut?

Ikan lumba-lumba itu mungkin cedera akibat berlanggar dengan sebuah bot nelayan, dan kemudian meninggal dunia akibat pendarahan yang berlebihan. Macam mana tak berlebih-lebih keluar darah, sudah cedera, tak dirawat dengan segera.

Tindakan para pelancong itu telah menerima kutukan di atas platform media sosial China, Sina Weibo.

"Dolphins, sebagai mamalia banyak berkembang, mempunyai IQ hanya sedikit lebih rendah daripada manusia. Tetapi orang-orang dalam gambar-gambar itu lebih teruk daripada babi," tulis seorang pengguna Sina Weibo. ... ... Rujukan:
Fury as tourists pose with injured dolphin which bled to death.Dolphin dies in C…

Misteri kehilangan Tedi...

Pada suatu malam yang hening, Tedi tiba-tiba sahaja menghilang diri! Master telah mengerah spy kegemaran Tedi iaitu si Tetot untuk menjejak haiwan kesayangan Mommy itu.
Malangnya Tetot pun tidak dapat menjejak sebarang perkara abnormal yang boleh memberi bayangan mengenai kedudukan Tedi.


Sekian, tamatlah kisah Tedi menjadi ninja!

213 tapak kaki beruang dirampas

Tedi seru hentikan pembunuhan beruang!
Apa kawan-kawan rasa apabila melihat gambar ini?

Marah? Sedih? Benci? Kecewa? Jelik?
Tedi boleh terima semua perasaan itu. Tapi bagi sesiapa yang tak rasa apa-apa, maka dia bukan kawan Tedi.
Beritanya: Kes terbaru berlaku di sempadan China-Russia apabila 2 warga Russia ditahan di Manzhoulli, Inner Mongolia, apabila van yang dipandu mereka didapati membawa 213 tapak kaki beruang yang disembunyikan di bawah timbunan tayar.
Van itu dalam perjalanan dari Russia ke China.


Pegawai sempadan mengesyaki sesuatu tidak kena apabila pemandu van itu sibuk memeriksa jam tangannya. Van itu kemudiannya di-X-ray sebelum mereka menjumpai tapak kaki tersebut.
Kira canggih jugalah di Mongolia ni ada X-ray bagai. Tedi tengok di Malaysia ni selamba badak jer seberang sempadan. Tak tahulah kalau Malaysia pun ada X-ray (sebab pernah dengar berita X-ray kontena kandungi kereta curi), tapi rasanya tempat2 terpencil takde.
Tapak kaki itu dipercayai milik Beruang Perang (Br…

Merayau ke Hospital Tawakkal dan Mydin Mall USJ.

Tadi temani Master yang bawa Mommy pergi Hospital Tawakkal.
Penatnya Tedi, baru jer sampai rumah.

Hari ni Master cuti, bawa Mommy pergi Hospital Tawakkal di Bulatan Pahang tu.

Dah la mula-mula tu salah masuk simpang disebabkan papan tanda, menghala ke Sentul Link pula.

Mujur Master mempunyai ilmu pengakap yang diamalkan iaitu tengok landasan monorel menghala ke mana, hehehe. Master pun follow la landasan tu dan akhirnya jumpa jalan keluar.

Petua yang menarik, tapi sudah tentulah takkan boleh dipraktikkan di dalam hutan.

Bertapa di Hospital Tawakkal sehingga jam 1 petang, kemudian bergerak ke Mydin Mall USJ untuk berbeli-belah. Sementara Mommy membeli-belah, Tedi keluar dan cari bangku untuk merehatkan diri. Sempat tidur sejam di sana, hahaha.

Orang ramai pasti akan kepelikan, namun Tedi peduli apa?

Apa je lah Mommy beli di Mydin kali ni? Bangkit daripada tidur, dengan semangat baru, Tedi pergi menjenguk apa yang dibeli oleh Mommy. Macam biasa beli barangan rumah, cuma kali ni diserta…

Membelai kucing bagus untuk kesihatan

Faedah mempunyai haiwan perliharaan.
Pemilik haiwan perliharaan seharusnya bersyukur kerana hobi itu ternyata mempunyai faedah kepada kesihatan mereka.

Kajian dan data oleh American Heart Associations menunjukkan bahawa pemilik haiwan perliharaan berkecenderungan untuk:
kurang risiko darah tinggi, kurang kolesterol, kurang masalah kardiovaskular.kurang tekanan perasaan. 
Sentuhan itu penting.
Kajian oleh University of South Carolina menunjukkan bahawa mereka yang membelai haiwan perliharaan lebih kurang risiko darah tinggi berbanding mereka yang hanya berbual dengan haiwan perliharaan mereka. Sentuhan memainkan peranan yang penting di sini.

Kajian oleh Doktor Adnan Qureshi dari University of Minnesota Stroke Institute pula menunjukkan bahawa mereka yang pelihara haiwan mempunyai 30% lebih peluang untuk selamat daripada serangan jantung.

Ini adalah kerana haiwan perliharaan mereka akan membantu mereka meredakan tekanan di samping membina gaya hidup sihat.
Tedi bela apa? Cukuplah Tedi b…

Diskriminasi! Kanak2 OKU disisihkan dalam gambar kelas

Tedi memang sokong tindakan ayah Miles Ambridge menyuruh gambar itu diambil semula.
Tak payah Tedi komen panjang, tengok gambar di bawah ni dan rasakan perasaan ayah kepada kanak-kanak berusia 7-tahun itu!


Entah apa-apalah jurugambar tu? Mungkin dia nak cepat sehingga budak tu dibiarkan sahaja di sana? Si guru pun mungkin kalut nak kawal semua murid maka dia tak perasan kehadian Miles di sana?
Abaikan sahaja perbuatan mereka itu. Apa yang penting ialah tindakan bapa si Miles ini, Don Ambridge yang segera menghubungi pihak sekolah & meminta mereka mengambil semula gambar tersebut.
"Saya dapati foto ini amat jelik. Sila hapuskannya. Saya tak mahu ia berada dalam rumah saya." - bunyi surat Don Ambridge kepada pihak sekolah. Namun Don menolak untuk menuduh diskriminasi dilakukan ke atas anaknya, cuma mungkin pihak yang terlibat tidak peka dengan keadaan semasa.

Tahniah Don! Selamat Hari Bapa!

Sumber rasmi, maklumat lanjut semua ada di sini:
Miles Ambridge, 7-Year-Old In Wheel…

Akhirnya kubis Tedi dah bertunas...

Setelah lama menanti, akhirnya mimpi menjadi kenyataan. Ini adalah semaian Tedi yang ke-3. Tiga kali baru berjaya keluar tunas! Sedih sungguhlah nasibku ini, huhuhu. Mula dari Januari, bulan Jun baru dapat tengok kubis Tedi bertunas...

Ini bermakna inilah sayuran kedua yang Tedi berjaya "menumbuhkannya". Bukanlah Tedi yang tumbuhkan, Allah subhanahu wa ta'ala juga yang tumbuhkannya, cuma Tedi nak ringkaskan kepada 1 perkataan mewakili usaha Tedi dalam melihat ia tumbuh.
"Ringkas konon, last-last berjela." Shut up you!

Sebelum ini Tedi berjaya melihat sebiji kacang botol berbuah. Itupun cuma 1 pokok sahaja yang menjalar daripada banyak-banyak benih yang Tedi tanam. Nasib baik 1 je, kalau banyak, macam boleh roboh pula pagar rumah Mommy tu.

8 hari juga Tedi menunggu kubis itu bertunas sehinggakan Tedi dah nak give-up. Nasib baik Tedi tak campak jer pasu tu dalam longkang.

Baru bertunas. Nampaknya mungkin ada banyak lagi cabaran di hadapan yang perlu Tedi tempuhi. …

Nabi Anak Yatim

Tedi berbicara mengenai nasyid "Nabi Anak Yatim": Dinyanyikan oleh kumpulan nasyid (munsyid) Raihan disertai kumpulan nasyid NowSeeHeart.Nasyid yang sungguh bagus yang menceritakan sebahagian sirah junjungan besar Nabi Muhammad sollallahu a'laihi wassalam.Nasyid ini fokus kepada kehidupan Nabi Muhammad sollallahu a'laihi wassalam sebagai seorang anak yang yatim piatu, namun diceritakan secara umum.
... ... Lirik & komen:Muhammad, Muhammad, Muhammad Mustafa
Salah satu gelaran Nabi Muhammad sollallahu a'laihi wassalam ialah al-Mustafa
Ibunya bernama Aminah, ayahnya bernama Abdullah Dilahirkan di Makkah al-Mukarramah, ibu susunya Halimatus Sa'adiah
Nabi Muhammad sollallahu a'laihi wassalam anak kepada Aminah binti Abdul Wahab & Abdullah bin Abdul Mutalib, orang baik2 yang mengamalkan ajaran munif iaitu daripada Nabi Ibrahim alaihissalam.
Nabi Muhammad sollallahu a'laihi wassalam adalah cucu-cicit Nabi Ibrahim dan sepupu kepada Nabi Isa alaihissalam…

Baju perisai khas untuk Tikus Belanda sedang dilelong (tutup 21 Jun)

Kepada para pemilik Tikus Belanda (Guinea Pig) di luar sana, inilah masanya untuk menghadiahkan buah hati anda sesuatu yang istimewa."Baju perisai untuk Tikus Belanda? Betul ke ni Tedi?" Siapa lagi tak percaya? Tengok je la semua gambar di bawah ni. Comel baju perisai ni.


Comel kan? Cute macam sang pemakainya.
"Itu bukan baju perisai la Tedi, itu baju rantai!" Sedikit sejarah mengenai chain-mail suit
Memang la direct-translation nye baju rantai, tapi Tedi panggil baju perisai sebab tugasnya untuk lindungi badan. Ia direka sedemikian untuk mengurangkan berat berbanding baju perisai yang sepenuhnya besi. Selain ringan, ia tiada kesan trauma seperti versi full-armor kerana apabila diserang, tiada kesan hentakan. Baju perisai jenis chain-mail ni asalnya direka untuk tangkis serangan long-bow Briton, tapi akhirnya ia terbukti efektif juga menangkis tikaman pedang Eropah yang bermata lebar.


Lupakan dulu pasal sejarah baju perisai tu, manusia tak minat nak baca pasal tu (…

Didenda $5000 kerana tergali rangka purba.

Kanada buat lawak lagi sekali.
Pasangan Ken Campbell dan Nicole Sauve tergali 1 rangka di halaman rumah mereka di Ontario.

Tanpa berlengah mereka memanggil pihak polis yang mengenalpasti rangka itu sebagai wanita aboriginal First Nation Kanada berusia 24 tahun yang dijangka mati pada awal 1600-an.
Bukannya jasa mereka dibalas namun mereka didenda $5000 oleh Registrar of Cemeteries di sana untuk bayaran ujian arkeologi. 
Mengikut Funeral, Burial and Cremation Services Act di Ontario, pemilik hartanah adalah bertanggungjawab ke atas kos ujian arkeologi jika mayat manusia dijumpai di tanah mereka.

Pasangan itu kini sedang menunggu campur tangan Datuk Bandar Sarnia untuk membayar kos tersebut. Hakikatnya mereka tak kisah pun siapa yang bayar asalkan mereka tak perlu bayar.
Komen Tedi mengenai kes ini: Apa ke bodohnya kerajaan Kanada ni? Bukannya senang nak jumpa rangka manusia zaman purba ni. Pakar arkeologi pun bersusah-payah nak mencari tapak kajian, ini pula dah terjumpa.
Nampaknya se…

Sopannya rusa ni...

Benarkah rusa ini sungguh bersopan-santun sehingga melintas jalan gunakan Lintasan Zebra? Gambar ini diambil oleh seorang penduduk di Winnipegbernama Susan Hope ketika dia sedang dalam perjalanan ke tempat kerja pada Jumaat lalu.


Dia menyedari seekor rusa melintas jalan menggunakan lintasan pejalan kaki yang disediakan & mengambil gambar itu sebagai bukti jika ditertawakan kawan2.

Tedi mengambil keputusan untuk menemubual Sang Rusa yang berasal daripada Kanada itu.
"Bagusnya awak, sungguh bersopan menggunakan laluan lintasan pejalan kaki", Tedi memuji Sang Rusa. Sebelum apa-apa kita kena puji dulu bagi mereka seronok bercerita."Ini bukan berkenaan adab dan sopan", ujar Sang Rusa."Apa maksud awak? Awak ada objektif lain ketika menggunakan lintasan itu?", Tedi cuba mencungkil lebih lanjut."Sebenarnya aku nak ajar manusia supaya reti gunakan lintasan yang telah disediakan!", tegas Sang Rusa. Owh, patutlah beliau menggunakan lintasan itu, ada ma…

Tedi sebak tonton Spider-Man 2.

Pelik tak kalau seekor beruang boleh sebak tonton cerita Spider-Man?
Sebagai seekor beruang yang ganas walaupun ramai kata Tedi cute, amat sukar untuk seekor Tedi berasa sebak, apatah lagi dengan hanya menonton filem!

Lainlah macam Mommy yang boleh menangis disebabkan sebuah novel. Novel apa tajuknya, tiada la pula Tedi tau.

Tedi rasa ini kali kedua Tedi tonton filem Spider-Man 2 ni & tak sangka Tedi masih sebak apabila menonton satu babak dalam filem ni.

Bila difikirkan, babak ni nampak biasa-biasa sahaja. Ia bukanlah babak sedih. Malahan tatkala Tedi mencoret catatan ini, Tedi tiada ayat yang sesuai untuk menerangkan sebab-musabab babak itu berjaya membuat Tedi sebak.

Babak apakah dalam filem Spider-Man 2 yang boleh sebabkan Tedi sebak?

Babak Spider-Man disambut oleh orang ramai ketika dia dalam keadaan lemah & hampir jatuh daripada keretapi.
...

...
Biasa je kan babak ni?

Tidak bagi Tedi. Ketika inilah jauh di sudut hati Tedi terdetik sekuat mana pun seseorang, akan tiba m…

Bagaimana nak selamatkan anak burung?

Tadi tedi melawat pokok kacang botol di belakang rumah. Alhamdulillah, dah ada sebiji kacang botol! Kiranya yang sulung la ni. Sebelum ni banyak bunga yang gugur dek timpaan hujan lebat. Buahnya datang daripada bunga2 tu kan?

Sambil tu Tedi merumput kawasan sekitar. Tengok2 ada kawanan semut menghurungi sesuatu. Tedi amati dan nampak bangkai anak burung.

Tapi pelik la bangkai tu, nampak macam bergerak-gerak. Takkan si semut berupaya angkat ia?

Tedi check seteliti mungkin, hidup lagi la. Kesiannya. Mesti dia gagal terbang ni.


Tedi try intai kot-kot ada sarang burung, tapi tak jumpa.

"Ah, tinggalkan je la. Nasib dia la. Dah taqdir dia camtu." Itu yang terlintas di fikiran Tedi pada mulanya, tapi akhirnya Tedi tak sampai hati. Adalah sebabnya dalam ramai2 beruang di dunia ni, burung tu ditemui Tedi.

Tedi ambil burung tu, letakkannya di dalam pasu yang Tedi isi tanah dan rumput2 kering (kiranya macam sarang dia la tu), kemudian Tedi mandikan dia sikit sebab cuaca panas.

Masalahn…

Cara pembahagian ghanimah terserah kepada Allah dan Rasul

Surah Al-Anfaal (harta rampasan perang) (1) Mereka bertanyakan kepadamu tentang (pembahagian) harta rampasan perang. Katakanlah: "Harta rampasan perang itu kepunyaan Allah subhanahu wa ta'ala dan Rasul [1], sebab itu bertaqwalah kepada Allah subhanahu wa ta'ala dan perbaikilah hubungan di antara sesamamu, dan ta'atlah kepada Allah dan Rasul-Nya jika kamu adalah orang-orang yang beriman".[1] Maksudnya: pembahagian harta rampasan perang itu menurut ketentuan Allah subhanahu wa ta'ala dan Rasul-Nya.

... ... Nota:kisah Perang Badar.

Anjing pungut veteran jadi hero keluarga.

Tua bukan sebarang tua, anjing pungutan selamatkan 1 keluarga daripada terbunuh."Tua-tua kelapa, makin tua makin berminyak."
Itu yang terlintas di benak fikirian Tedi apabila mengetahui seekor kawan Tedi, anjing kacukan makmal berusia 13-tahun telah menyelamatkan 1 keluarga daripada terbunuh dek kebocoran gas.

Anjing bernama Chip itu dipungut oleh puan Corry Barboza yang tinggal di Westport Massachusetts setelah mengetahui mengenainya melalui rancangan TV tempatan "Pick of the litter", baru-baru ini.

Puan itu semestinya rasa bersyukur dipertemukan dengan Chip. Ini mungkin hanya tuah bagi mereka yang tak beriman, namun bagi golongan mu'min, inilah taqdir Allah subhanahu wa ta'ala yang bijak merancang segalanya. Perkara yang kita tak nampak kebaikannya pada hari ini mungkin ada kebaikan bagi kita, cuma kita tidak mengetahui.

"Dia turun daripada katil, dan naik semula ke katil. Dia berpusing-pusing.", jelas puan Barboza menceritakan gelagat Chip pada…

Chimpanzi kurungan dicadangkan sebagai haiwan terancam.

Eksperimen menggunakan Chimpanzi mungkin akan tinggal sejarah tidak lama lagi.

Tedi minggu ni memuji U.S. Fish and Wildlife Service di atas usaha mereka untuk mengisytiharkan semua Chimpanzi sebagai terancam, meliputi yang di dalam kurungan, dan bukan hanya bagi Chimpanzi liar.

Tedi mengimbau kembali ke tahun 1990 di mana Endangered Species Act telah memecahkan Chimpanzi kepada Chimpanzi liar dan Chimpanzi kurungan di mana kategori kedua kurang dilindungi, menyebabkan mereka digunakan sesuka hati oleh National Institutes of Health dalam eksperimen.

Tindakan Fish and Wildlife ini dilhat seiring dengan penemuan badan kerajaan Amerika Syarikat iaitu Institute of Medicine, bahawa tidak semestinya untuk gunakan Chimpanzi dalam kajian penyakit manusia.
Tedi menunggu perisytiharan peraturan baru itu yang dijangka bermula pada Disember ini.

Kiriman Berkaitan