Langkau ke kandungan utama

Suu Kyi kutuk had 2 orang anak ke atas keluarga Muslim Rohingya

Hari ni rasa gembira sikit apabila Tedi baca berita ni "Suu Kyi denounces two-child limit on Myanmar Rohingya families".

Pemimpin pro-demokrasi Myanmar,  Aung San Suu Kyi bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada mesyuarat pertama jawatankuasa eksekutif pusat National League for Democracy di dewan Royal Rose di Yangon pada 27 Mei 2013.
Kredit: Reuters / Soe Zeya Tun

Sebelum ni mood Tedi tak berapa baik apabila pihak berkuasa daerah Rakhine mengenakan undang2 menghadkan bilangan anak kepada keluarga Muslim Rohingya [Press TV: Myanmar imposes two-child limit on Rohingya Muslims].

Undang2 ini kononnya wujud sejak 1994 tapi baru dikuatkuasakan.
"Mereka tidak boleh mendiskriminasi. Ini adalah bertentangan dengan hak asasi manusia," kata Suu Kyi.
Tedi sebelum ni memang hangin dengan Suu Kyi ni sebab macam berdiam diri jer melihat penindasan ke atas kaum Rohingya.

Konon menang Hadiah Nobel Keamanan, tapi kaum Rohingya di negara dia sendiri dibuli sehingga 192 orang terbunuh dan 140,000 kehilangan tempat tinggal! Itu belum masuk yang hanyut di perairan antarabangsa.

Kini dia bersuara & disokong oleh parti yang diterajuinya, walaupun kutukannya itu sudah tentulah tidak bersifat populis.
"Di bawah arahan ini, lelaki Bengali (gelaran kepada Rohingya oleh penganut Buddha di Rakhine) dibenarkan untuk mempunyai hanya satu isteri dan setiap pasangan berkahwin boleh mempunyai dua orang anak. Jika terdapat lebih daripada dua kanak-kanak, mereka dianggap menyalahi undang-undang," kata seorang pegawai kanan imigresen yang tidak dinamakan kerana dia dilarang bercakap kepada media.
"Jika mereka mempunyai hak untuk menjadi warga, sebahagian besar daripada masalah ini akan diselesaikan,"Nyan Win, jurucakap parti National League for Democracy yang diterajui Suu Kyi. Dia mahu melihat kaum Rohingya diberi taraf kewarganegaraan.
"Orang-orang Rakhine tidak mempunyai penyelesaian yang sebenar. Mereka mahu menendang keluar semua Bengali. Ia tidak mustahil." Nyan Win.
Tedi pada masa ini bersyukur kerana Malaysia tidak memperlakukan kaum Sulu seperti apa yang berlaku di Rakhine.
28 May 2013

Ulasan

Kiriman Berkaitan