بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


 

Dua tiga hari sejak terjebak dalam aktivit membaca laman-laman blog di Malaysia ni, Tedi mulai menemui istilah-istilah baru.

Sebelum ni Tedi mengenali istilah "blogwalking", iaitu aktiviti melawat blog orang lain dan bertegur sapa di sana. Serupa macam kita melawat rumah jiran tetangga. Aktiviti ini dijadikan disiplin di mana para penulis blog akan memperuntukkan masa tertentu untuk melawat blog kawan-kawan mereka.

Hari ni pula Tedi mula mengenali istilah "segmen".

gambar seorang gadis sedang memegang dua ekor beruang Teddy custom berwarna kuning dan merah jambu
Gambar kulit pilihan Tedi kali ini: "Teddy for her..."

 

Tedi bertanya kepada seorang blogger apakah itu "segmen"?

Tengok nanti dia jawab tak? Mana tau manusia fikir Tedi ni ngada-ngada?

Tadi dah baca pasal banyak binatang mati disyaki akibat bom.

Lepas ni nak baca pasal pilih kasih di antara kumpulan haiwan lak.

Tadi nak baca satu kiriman di kakisembang.com yang bertajuk Penipuan hebat pilihanraya di Terengganu.

Tapi sayang laman blog itu dilaporkan ada malware pula. tak mengapalah, kita rekodkan tajuk rencana itu dulu.

 

Apa yang Tedi faham tentang segmen dalam dunia blog?

Erm, jika melihatkan kepada gayanya segmen ini macam peraduan yang diadakan dalam laman blog untuk menarik minat pembaca mengunjungi blog tersebut.

Selalunya ia akan meminta para pembaca meninggalkan komen pada satu kiriman khusus untuk segmen tersebut.

Sesiapa yang menang akan diberikan hadiah.

Selain menarik minat pembaca, tujuan segmen adalah untuk membalas jasa para pembaca blog tersebut.

 

Apakah itu malware?

Malware ni adalah singkatan kepada malicious ware. Ware itu singkatan kepada software. Jadi nama penuhnya ialah malicious software.

Apa yang Tedi fahami malware adalah perisian berniat jahat yang boleh memudaratkan sistem komputer kita, jadi contohnya jika kita lawat laman blog yang dilaporkan mengandungi malware itu tadi mungkin sistem komputer kita akan diserang.

Perisian berniat jahat = memang ia sengaja dicipta untuk membawa kemudaratan kepada pengguna.

Ada banyak jenis malware ni seperti virus, cecacing (worms), kuda Trojan, perisian tebusan (ransomware), perisian pengintip (spyware), perisian iklan (adware) dan macam-macam lagi.

 

Rujukan:

 


~20130518~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, tqvm