Check tingkat bawah tadi, rupa-rupanya bunyi nak mula hujan.

Hujan lebat. Berderu air turun macam air terjun. Guruh pun berdentum.

Sempat Tedi baca Koleksi Workshop di tingkat bawah, edisi ke-7 kot?

Bau tomyam lak! Siapa masak tomyam malam2?

Tedi pergi periksa keadaan di dapur, rupa-rupanya ada Megi Tomyam atas meja. Megi nya sudah kembang!

Ni mesti kerja Master ni, lupa nak makan.

Apa lagi, Tedi bedal jer la.

gambar resepi maggi tomyam sedap dan lazat dimasak dalam periuk di atas dapur gas.
Resepi megi kembang, hehehe
Megi sudah kembang

Macam pernah dengar, tapi di mana ya?

Keterangan

Memang sengaja Tedi gunakan istilah Megi untuk mewakili mi segera dalam karangan ini. Tidak Tedi gunakan ejaan Maggi kerana itu adalah jenama salah satu mi segera di Malaysia. Mungkin Maggi telah menjadi de facto di Malaysia sehinggakan rakyat Malaysia memanggil mi segera dengan panggilan Megi. - 20130525

20130525