Ah sudah, terbaca lagi entry Diana Rashid. Takperla, last baca la ni.

Nak tambah sikit untuk entry ni "ABANG..PAKAI YANG INI...."

Sebagai pengenalan biarlah Tedi membuka karangan ini dengan ulasan Tedi dahulu.

Sudah menjadi adat untuk pasangan mahu mengenakan pakaian yang sepadan iaitu selalunya sama warna, jika tidak sama corak, atau sama tema. Tetapi seringkali terjadi cuma golongan wanita sahaja yang mahu kenakan pakaian yang matching dengan pakaian pasangan mereka.

Bagi lelaki pula mereka akan bersiap dan selalunya kenakan apa yang selesa dipakai, sehinggalah tiba-tiba si isteri berkata, eh abang... pakai yang ini.

Master selalu kena ni.

Mommy suruh pakai baju sama warna.

set pakaian baju raya biru untuk pasangan

Master sebenarnya tiada masalah kalau nak pakai sama warna, serupa dengan apa yang Mommy pakai.

Masalahnya...

Adat la kan Master siap awal daripada Mommy.

Mommy baru nak mandi, Master dah siap pakai baju... cuma tak sikat rambut jer.

Pastu bila Mommy nampak, "Abang, kenapa pakai baju tu?"

Hahaha.

"Tukar, pakai baju warna bla bla bla."

Kalau Master taknak, Mommy kata, "Owh, dah kawin tak nak dah pakai baju matching?"

Hahaha

Master ikut je la, tapi dalam hati siapa yang tahu?

Kot ye pun nak pakai matching, jangan la Master dah siap disuruh tukar.

Mommy cari la baju yang matching.

Master pulak yang kena tuduh itu ini.

Dah la, kalo Mommy terbaca diari Tedi ni, habis la...