Malam ni layan muvi jer dengan Tetot.
Muvi malam ni Tedi tonton di TV2, kisah percintaan di antara seekor gorilla raksasa dan seorang wanita daripada spesies manusia.

King Kong dengan bergayanya membelasah T-Rex dengan skill ala-ala The Rock.
http://parentnoemie.blogspot.com/2012/10/king-kong.html

Nama gorilla itu ialah King Kong, besarnya gorilla ni sama saiz dengan dinosaur ganas yang dikenali sebagai T-Rex. Dalam filem ini ada pertarungan di antara 2 raja ini ( raja cicak vs raja Kong ) di mana T-Rex mahu membaham si heroin manakala si King Kong mahu mempertahankan keselamatannya.

Sedihlah cerita ni sebab manusia yang jahat, tamak haloba sanggup mempergunakan King Kong untuk keuntungan diri.

Selain itu manusia juga takut dengan King Kong ni padahal dia ni bukanlah kejam. Romantik ada la.
Ini mengajar kita bahawa kita ni selalunya takut kepada sesuatu yang kita tiada pengetahuan mendalam dan hanya bersandarkan kepada persepsi atau penerimaan diri.

Manusia yang takutkan King Kong menyerang beliau menggunakan jet pejuang.
http://www.dentrocine.com/fondos/fondo/king-kong-2005.php
Mungkin cerita ini mahu mengkhabarkan kepada kita bahawa manusia ini amat rakus sehinggakan King Kong pun boleh jadi mangsa. Seram lak Tedi dengan kaum manusia ni.

Erm, dah la. Tedi nak sambung tonton muvi, iklan pun dah habis.

20130511