Siapa yang selalu travel ke Negeri Sembilan mungkin tahu di mana FELCRA Air Hitam.

Master semalam cuba 1 jalan ke Seremban melalui jalan yang tak pernah dicuba sebelum ini iaitu jalan yang dikenali sebagai Route 86 dalam Google Map.

Akan tempuhi: Air Hitam - Simpang Pertang - Kuala Klawang - Jelebu - LEKAS

Jalannya agak ok, ada jalan baru yang lebar & diluruskan. Jalan terus jer, xde masuk simpang kecuali di Bandar Kuala Klawang dan simpang masuk ke LEKAS.

Ada juga jalan lama dengan tanah runtuh yang merisaukan.

Tempuh Jeram Toi yang popular di Negeri Sembilan.

Ada jalan naik turun bukit seperti di jalan lama Bukit Putus, tapi 2 lorong, sungguh senang untuk memotong dan mungkin akan membuatkan pemandu lupa diri.

Rumah2 pun agak banyak di kiri kanan jalan.

Jumpa 2 kawasan kubur Cina. Kubur Islam pun ada tapi tak ingat berapa.

Kedai2 makan tak berapa nak ada.

Kesimpulannya: jalan ni ok kalau lalu siang. Agak jauh tapi lebih baik daripada terkandas dalam kesesakan di Kuala Pilah. Kalau nak travel malam, lebih baik lalu Kuala Pilah.

Sekian.

13 Mei 2013 16:53, Simpang Pertang - Kuala Klawang - Lekas