Doa Qunut adalah satu doa yang dibaca dalam solat, lazimnya dibaca dalam rakaat kedua Solat Subuh semasa iktidal. Selain itu ia dibaca juga dalam Solat Sunat Witir terutama pada dan selepas 15 Ramadhan.

Doa Qunut ada bermacam bacaan seperti biasa mengikut hajat si pembaca doa.

Doa Qunut biasa di Malaysia

Gambar Doa Qunut tulisan Bahasa Arab dan maksudnya dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu dalam tulisan rumi
http://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-tarawih/

Maksud Doa Qunut dalam Bahasa Melayu

Ya Allah!

Tunjukilah daku sebagaimana orang yang telah Engkau berikan hidayah.

Sejahterakanlah daku sebagaimana orang yang Engkau berikan kesejahteraan.

Muliakanlah daku sebagaimana orang yang telah Engkau muliakan.

Berkatilah segala yang telah Engkau kurniakan kepadaku.

Jauhkanlah daku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tentukan.

Sesungguhnya Engkau Maha Penentu dan tiada sesiapa yang dapat mengubah ketentuan-Mu.

Sesungguhnya tidak menjadi hina orang yang Engkau muliakan dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi.

Demi berkat-Mu, wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi Engkau!

Maka hanya bagi-Mu segala pujian atas segala ketetapan-Mu.

Daku memohon ampun kepada-Mu dan daku bertaubat kepada-Mu.

Semoga Allah merahmati Nabi Muhammad (sollallahu alaihi wassalam), nabi yang Ummi (buta huruf) dan kesejahteraan ke atas keluarga dan sahabat Baginda (sollallahu alaihi wassalam).


Karangan ini dikirm pertama kali pada 8 Mei 2013 dan dikemaskini (penambahan maksud Doa qunut dalam Bahasa Melayu) pada 19 Jun 2019.