Pembungkusan rokok seragam oleh Ireland meniru langkah Australia


  • Ireland mungkin akan menjadi negara kedua untuk menguatkuasakan pembungkusan rokok tanpa disertakan jenama.
  • Langkah ini akan menyebabkan semua bungkusan adalah seragam tanpa jenama, tanpa tanda niaga dan juga tanpa gambar.
  • Setakat ini hanya Australia yang menggunakan pendekatan itu.

Lebih 5200 rakyat Ireland mati setiap tahun kerana rokok

Industri tembakau Ireland mengutuk langkah itu dengan alasan penjualan tembakau haram akan meningkat dan memberi kesan buruk kepada ekonomi.

James Reily, Menteri Kesihatan Ireland menegaskan keputusan itudiambil setelah meneliti fakta-fakta berikut:
  • industri tembakau perlu rekrut 50 perokok baru setiap hari untuk kekalkan kadar merokok semasa.
  • 78% perokok dalam tinjauan mula merokok seawal umur 18 tahun menunjukkan industri tembakau fokus kepada kanak-kanak untuk gantikan perokok yang berhenti atau telah mati.
  • Pembungkusan seragam akan hapuskan 1 kaedah promosi rokok, dan diharap dapat mengurangkan gejala merokok di Ireland.
  • Langkah ini perlu diikuti dengan peluasan larangan merokok.

Siapa yang menyokong penseragaman bungkusan rokok?

  • Asthma Society of Ireland, berdasarkan fakta Ireland merupakan negara ke-4 tertinggi di dunia menghidap lelah dengan 470,000 penghidap.

Siapa yang menentang penseragaman bungkusan rokok?

John Freda daripada Japan Tobacco International, "tiada bukti lengkap bahawa penseragaman bungkusan rokok akan membawa kepada pengurangan kadar merokok di kalangan belia."
Irish Tobacco Manufacturers Advisory Committee pula berkata, "berita itu merupakan berita gembira buat penjenayah Ireland dan akan meningkatkan kadar penyeludupan tembakau."

Komen Tedi mengenai penseragaman bungkusan rokok?


  • Disebabkan Tedi tak merokok maka Tedi tiada masalah dengan hal ini. Rokok pun tiada masalah dengan Tedi.
  • Perokok mungkin akan bengang kerana selepas ini mereka terpaksa membeli dengan membuta-tuli.
  • Pengilang rokok lagi la bengang kerana jualan mereka akan merosot walaupun mereka kata "tiada bukti jelas langkah itu akan kurangkan gejala merokok.".
  • Bagi Tedi, langkah ini memang perlu kerana ia akan mengurangkan promosi kepada budak2. Contoh macam Colgate bagi ubat gigi free kepada sekolah Tedi, bila besar Tedi tetap guna Colgate. Walaupun sekarang Tedi dah guna Darlie, tapi Tedi percaya tak ramai yang berubah arah macam Tedi. Untuk kes rokok ni, gejala merokok tu mungkin akan berkurangan kerana jenama rokok tak nampak gah dah. "Mu hisap rokok gapo?". "Aku hisap rokok gapo pun aku tak tahu". Hahaha, pandai tak Tedi kecek Kelantan?
  • Kepada kaum manusia beragama Islam, "Merokok itu haram!"


http://www.herald.ie/news/cigarette-packs-to-lose-all-branding-in-bid-to-cut-smoking-29306422.html

20130530