Langkau ke kandungan utama

Berkebun malam hari...

Balik jer dari sekolah, Tedi terus ngadap kebun.

Jam dah menunjukkan jam 10 malam, sebab ikut Mommy & Master dinner di restoran berdekatan.

Mesti Mommy pelik kan? Tiba-tiba jer rajin, hahaha.

Ini gara2 baca post "Our Tropical Garden - Updates May'13" oleh kak Ummu Aidan la ni. 
Tak sia2 masukkan blog dia dalam bloglist Tedi, memang bermanfaat! Walaupun ada sedikit perasaan hasad dengki kepada kehijauan kebunnya itu. Kalau Tedi kenal anak kak Ummu Aidan tu, nak hasut dia sabotaj kebun mak dia! Hahahahahahahahahahaha. (Rahsia tau, jangan bagitau kak Ummu Aidan.)

Tedi mula letak baja najis ayam yang Master amik dari kampung di Negeri Sembilan.

Selain tu Tedi mula merumput. Sebelum ni tak pernah sebab Tedi fikir rumput-rampai tu akan tolong pecahkan struktur tanah laterite di "kebun" Tedi tu. Bila Tedi merumput tu, baru la Tedi faham kenapa pentingnya merumput, akar2 rumput tu dah memenuhi tanah kebun Tedi tu, rumputnya takde la banyak mana, tapi akarnya fuyoo, tak tau la nak citer camner?

Pastu Mommy panggil Tedi, katanya jiran2 duk intai. Mesti seram kan malam2 dengar bunyi kaisan tanah?

Nanti nak cari tips untuk tanam sayur dalam pasu la. Tak tau lagi nak tanak kubis atau sawi. Sawi hari tu semua dah layu, dapat masak beberapa helai jer... huhu.


Takper, Tedi takkan give up!

22 May 2013

Ulasan

Catat Ulasan

Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.

Kiriman Berkaitan