Langkau ke kandungan utama

Bacaan Tedi: Malindo mula terbang dari Subang

Berita baik buat Mommy.

Malindo akan mula beroperasi dengan penerbangan ke Johor Bahru, Kota Bharu & Pulau Pinang.
Kehadiran Malindo Air di Malaysia akan lenyapkan kesombongan Air Asia?
Mesejjj: Malindo melenyapkan kesombongan Airasia?

Lebih persaingan bermakna harga lebih kompetitif akan ditawarkan oleh semua operator penerbangan yang terlibat.

Malangnya ketiga2 penerbangan Malindo itu hanya dari Subang Skypark. Dikhabarkan juga ada penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) namun Tedi yakin penerbangan tu bukan taraf tambang-murah.

Sila baca post ini jika kawan2 berminat nak tau pasal seni bina Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
hafizhssn: Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur

Jadi Tedi rasa AirAsia masih takkan tercabar kecuali lebih ramai penumpang berasal dari kawasan berhampiran Kuala Lumpur.

Selain itu ada orang takut naik kapal terbang turbo-prop ni, kononnya gegar & akan jatuh jika ada air-pocket.

Tedi tanya pendapat Master, dia kata zaman dulu kala memang macam tu, tapi kapal terbang turbo-prop zaman sekarang dah ada enjin jet di bawah badan kapal terbang, jadi kalau ada air-pocket pun ia takkan jatuh.

Jatuh yang dimaksudkan ni bukan la terhempas kebaboom, tapi jatuh sekejap macam roller-coaster tiba2 turun menjunam. Kalau rajin nanti Tedi tolong carikan kes. Setakat gegar tu, adalah sikit2, baru la thrill terutama apabila masuk dalam awan.

Harap kapal terbang jer besar, selalu delayed juga.
Sisanizu: Peringatan sebelum naik Air Asia
Cuma masalahnya kapal terbang kecik ni, bila cuaca buruk kemungkinan untuk delay adalah lebih tinggi daripada kapal terbang jet. Tapi rasanya AirAsia tu lebih banyak delay daripada FireFly mengikut pengalaman Master, jadi faktor ini juga boleh diabaikan.

Jadi bagi sesiapa yang rumah dekat dengan Subang, yang tak takut naik kapal terbang turbo-prop (takyah takutlah), & boleh abaikan faktor delay (alah, AirAsia pun selalu delayed)... boleh la cuba Malindo ni selain FireFly. FireFly percuma 20kg tau (dulu2 la, tak tau la sekarang). Malindo ni tak tau la, tapi katanya takde caj tersembunyi macam AirAsia.

Fikir2kan dan selamat mencuba!

Pengalaman orang:



Sumber berita rasmi:


® 21 Mei 2013

Ulasan

Kiriman Berkaitan