Langkau ke kandungan utama

Biar rumah sempit, tapi ...

Rumah? Tedi nak beli rumah ka?

Takde la. Buat apa Tedi ada rumah, bukan Tedi duk rumah pun sebab kebanyakan masa Tedi kan habis di sekolah?
"Biar rumah sepit, jangan pemikiran sempit!"

Ini pesan arwah tok mommy kepada Master. Dia nasihatkan Master kita mesti berlapang dada terima tetamu walau sesusah mana kita. Tetamu perlu dilayan sebaik mungkin supaya mereka senang hati apabila berada di rumah kita.

Jarang benar kami melawat arwah dan keluarganya yang terletak di Taman Ehsan di Kepong.

Tips rekabentuk rumah sempit agar nampak lebih luas

Hasilnya tetamu akan suka hadir ke rumah kita walau sekecil mana pun rumah kita.

Bila tetamu datang tu jangan la kita duk bermasam-muka. Hal ini sering jadi pada kaum wanita contohnya di antara ibu mertua dengan menantu. Hindari sikap itu. Lupakan permusuhan. Kalau ada apa yang tak suka, jangan disimpan dalam hati.

Banyaknya pesanan arwah tok Mommy kepada Master, membuatkan Master berhasrat berjumpa beliau lagi.

Di antara pesanan arwah ialah selalu balik kampung. Sebulan sekali.

Namun 2 minggu kemudian arwah meninggal dunia.

Master kini mengajar Tedi, "Biar rumah sempit, jangan pemikiran sempit. Luaskan pemikiran, lapangkan dada, insya-Allah rumah sempit terasa luas."

Al-Fatihah.


Kiriman ini pertama kali diterbitkan pada 1 Mei 2013.

Ulasan

Kiriman Berkaitan