7 Jan 2013 - Penyelia keselamatan Lapangan Terbang JFK, Gerard Robson telah dipecat setelah tersilap melampirkan foto dirinya dalam keadaan bogel ke dalam email dan menghantarnya kepada hampir 2 dozen eksekutif Port Authority, anak buahnya dan kawan sekerja.

Hobi tangkap foto diri sendiri sedang berbogel membawa malang kepada Gerard Robson. Ini dikatakan orang tua-tua, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya ke tanah jua. Mungkin dia pandai menyorokkan perbuatannya selama ini namun akhirnya kantoi juga.
Dia sebenarnya mahu menghantar gambar kemalangan di tempat letak kereta, tetapi sebaliknya melampirkan gambar dia berbogel dari pinggang ke bawah menampakkan perut, zakar dan lain-lain.

Robson cuba memperbaiki keadaan dengan meminta maaf, namun dia segera digantung, sebelum dipecat.


--- iklan ---
--- iklan ---

20130108