Papan tanda yang merumuskan kisah Long Ghaffar.
Umum mungkin pernah dengar tentang Long Ghaffar. Imej ini diperolehi melalui Google ketika sibuk mencari kisah Empayar Pattani. Laman asal di mana imej ini diperolehi boleh dilawati di kebunketereh.com

Long Ghaffar ibni Datu Reman, Raja Kelantan (1776-1813)

  • Long Ghaffar ibni Datu Reman, Raja Kelantan (1776-1813)
    • Diputerakan di Kota Reman pada 26 Mac 1749
    • Mangkat di Kota Limbat pada 06 Mac 1813
  • Pengasas Negeri Kelantan (Kerat Lentang)
  • Bahagikan Kelantan bawah 2 pentadbiran
    • Kelantan Barat (Kota Bharu) di bawah Long Yunus
    • Kelantan Timur (Reman, Limbat) ditadbir sendiri
  • Membebaskan Negeri Seribun Kota Mengkuang (Terengganu) dari dikuasai oleh Raja Bugis.
  • Melantik Long Mamat mentadbir Kota Bharu dengan menyingkirkan abang iparnya, dan selepas itu terlibat dalam peperangan Terengganu-Kelantan.

Komentar :

Papan tanda ini amat bermakna,
  1. Padan pun ramai orang kata orang Terengganu-Kelantan tak boleh geng. =) Pernah perang rupanya. Mungkin pernah baca, tapi tak teringat sampai sekarang.
  2. Betulkah Terengganu pernah dipanggil Negeri Seribun Kota Mengkuang?
    • Apa maksud "Seribun"? Kalau "Seribu" atau "Serimbun" lebih logik diterima.
    • Mengikut ilmu di dada, Terengganu dipanggil "Taring Anu" (taring yang tidak diketahui siapa pemiliknya), "Terang Anu" (benda terang yang tidak diketahui namanya), "Terang Ganu" (pelangi terang), dan "Tilanggana" (nama satu tempat di India yang bermaksud tanah orang Telugu).
  3. Kota Bharu, Kota Reman dan Kota Limbat merupakan tempat yang penting pada awal penubuhan Kelantan. 
    • Jika tidak, masakan tempat-tempat ini menjadi tempat pentadbiran. 
    • Zaman sekarang kita hanya kenal Kota Bharu, di manakah Kota Reman dan Kota Limbat? Mari tanya orang Kelantan, jika mereka pun tak tahu, toksah ngaku Kelantanese... hehe.
  4. Nama Kelantan asalnya Kerat Lentang? wow, menarik, perlu dikaji selepas ini. ;)
Pastikan lawat sumber (kebunketereh.com), kerana di situ ada lebih banyak kisah menarik.

Ermm, bila boleh jumpa kisah Empayar Pattani ni?

2 Oktober 2012