Seorang wanita bernama Dona mengadu mengenai papan tanda Rusa melintas.

  • Seorang wanita di Fargo, N.D., Amerika Syarikat, ternyata tidak dapat menahan perasaan apabila dia membuat panggilan ke rancangan radio tempatan dan mengadu mengenai ketidaksesuaian lokasi papan tanda Rusa melintas
  • Dia sebelum ini telah mengalami beberapa kemalangan melibatkan Rusa.
  • Di antara aduannya ialah kenapa harus papan tanda itu diletakkan di kawasan lebuhraya yang sibuk? Kenapa tidak diletakkan di laluan yang kurang sibuk?
  • Dia percaya papan tanda itu harus diletakkan di lokasi yang lebih sesuai untuk Rusa melintas, macamlah Rusa melintas ikut arahan papan tanda.
  • DJ radio bertugas cuba menjelaskan fungsi sebenar papan tanda itu, namun Dona ternyata tidak mahu mendengar.
Buat kawan-kawan yang tak faham fungsi sebenar papan tanda yang ada gambar haiwan, ia bermaksud "Awas! Kawasan binatang melintas", bukannya papan tanda itu menunjukkan kawasan sesuai untuk melintas kepada para haiwan.
"Kerajaan sepatutnya mengarahkan Rusa ke kawasan yang kurang sibuk!" - Dona

http://now.msn.com/fargo-woman-complains-about-deer-crossing-signs