Gambar bekas penabur garam dan lada sulah daripada tin
Bekas penabur garam Vintaj Percival Duffin's berwarna kuning dan bekas penabur lada sulah vintaj Elton Kirby's berwarna hijau tua. Dibuat daripada tin. Warna yang amat bersesuaian dengan diri Master yang menyokong pasukan bola sepak Kedah Darul Aman atau dikenali sebagai skuad Helang Merah.

Terjumpa koleksi penabur lada sulah dan garam melalui Bing.com, rasanya menarik untuk dikongsi.

Tak boleh nak beli dan simpan sama ada kerana tidak cukup wang atau tidak cukup ruang, tatap gambar pun cukuplah, kan?

Bekas penabur lada sulah dan garam berbentuk Anjing Mini Schnauzer berwarna hitam dan putih. Tidak sesuai untuk kegunaan keluarga muslim.

 

Gambar penabur lada sulah dan garam botol kaca turqoise.
Bekas penabur garam dan lada sulah Kaca Turquoise, sangat comel dilihat, tapi lama-lama nampak macam biasa-biasa sahaja.

 

Gambar bekas lada sulah dan bekas garam ayam betina vintaj
Botol penabur lada sulah dan garam berbentuk Ayam Betina Vintaj sedang duduk atas pasu.

 

Bekas penabur lada sulah dan garam inspirasi Buah-buahan Itali. Sebotol tertera perkataan Toscana manakala sebotol lagi tertera perkataan Campania.
Toscana, diucapkan [toskaːna]) adalah sebuah wilayah di Itali tengah dengan keluasan 23,000 kilometer persegi (8,900 batu persegi) dan penduduk kira-kira 3.8 juta penduduk (2013) .
Campania adalah rantau di barat daya Itali yang terkenal dengan runtuhan purba dan pantai dramatik. Naples, ibukota serantau, adalah sebuah bandar yang sibuk dengan persekitaran semulajadi yang menarik di antara ikon kelabu Gunung Vesuvius dan perairan biru di Golfo di Napoli. Di selatan, Pantai Amalfi adalah rumah kepada bandar-bandar lama seperti Positano, Amalfi dan Ravello, yang terletak di antara tebing dan laut.

 

Botol lada sulah Walt Disney Worlds

 

Botol lada sulah dan garam diperbuat daripada seramik bertemakan dua ekor Kucing Hitam dan Putih

Selain bekas lada sulah dan garam yang terasing, ada juga botol penabur lada sulah dan garam yang bercantuk seperti tema tukang masak bernama Marcello dan kawannya di bawah ini. Tetapi sebenarnya botol lada sulah dan garam tu asing-asing cuma bekas letaknya sahaja yang bercantum.

Apa-apa pun ia agak uni.

Botol penabur lada sulah seramik Marcello dan kawan :)

Kiriman ini pertama kali dikarang pada 10/9/12, 11:17 PM.