gambar telefon pintar Samsung Ativ S dengan sistem operasi Windows Phone 8
Hanya setebal 8.7mm namun mempunyai bateri 2300mAh. Err, Tedi tak faham sangat, tapi agak-agaknya kalau lagi besar mAh tu maka lagi banyak bekalan kuasanya?

 Tedi teruja dengan pengumuman Samsung mengenai produk pertama mereka yang berasaskan Windows Phone 8.

Malahan produk ini merupakan telefon pintar pertama di dunia menggunakan Windows Phone 8, lebih awal daripada produk rakan kerjasama Microsoft iaitu Nokia melalui siri Lumia mereka.

Beroperasi di atas Windows Phone 8 yang mempunyai banyak ciri-ciri Windows 8 terutamanya antaramuka.

 

Ada Wi-Fi, NFC, Bluetooth dan juga slot MicroSD.

 

Skrin 4.8-inci dengan resolusi 1280x720 dan pemproses dual-core  1.5GHz

 

Kamera 8-megapiksel di belakang dan 1.9-megapiksel di depan.
Tedi tak tau apa itu megapiksel, kalau Megatron tu Tedi kenal la... alah yang robot lori dalam citer Transformer tu... "Autobot, transform!"

 

Inilah rupa Megatron dalam bentuk permainan. Dia boleh menjadi sebuah kereta kebal.

20120830