Kota Bharu 31 Mei - Sekumpulan lapan jururawat Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian dekat sini melakar sejarah apabila berjaya mencipta heat band atau penebat haba yang berfungsi mencegah masalah hipotermia atau kesejukan melampau pesakit dalam dewan bedah.
Penebat haba yang diperbuat daripada lapisan kulit binatang gred satu, kain kapas dan kertas tisu wypall itu mampu mengekalkan suhu badan pesakit pada tahap normal iaitu 37 darjah celcius apabila digunakan untuk membalut badan pesakit.



20120601