Gambar pada 20111231 menunjukkan papan tanda "Give way to pedestrian" di MYDIN Mall USJ
"Give way to pedestrian" bermaksud "Berikan laluan kepada pejalan kaki". Ini gambar di sekitar kawasan meletak kereta di MYDIN Mall USJ (pasaraya yang menjual barangan dengan harga borong) pada jam 9:11 malam 31 Disember 2011. 

Di dalam gambar ini kelihatan:

  • Dua buah kereta keluaran syarikat Proton dari Malaysia saling berhadapan. 
  • Proton WAJA di sebelah kiri manakala Proton Persona di sebelah kanan.
  • Model WAJA adalah model lebih lama berbanding model Persona yang lebih baru. 
  • Kedua-duanya masing-masing diletakkan di barisan I2 dan H2. 
  • Barisan H1 yang kelihatan dipisahkan daripada H2 oleh laluan pejalan kaki berbumbung.
  • Terdapat papan tanda yang menasihatkan para pemandu mengutamakan pejalan kaki di laluan berbumbung tersebut.

Mydin MALL USJ adalah salah satu destinasi keluarga kami membeli-belah sama ada barangan kering atau barangan basah. Ada banyak pilihan di sini yang boleh diperolehi dengan harga yang murah.

Ada juga satu tingkat di mana kita boleh beli borong dengan harga lebih murah, memandangkan mereka tak perlu susun barangan itu di rak pameran, kita beli satu parcel terus. Sesuai jika kita berniaga kecil-kecilan, atau jika kita nak buat cenderahati untuk sebarang majlis keraian.

Pada masa ini tempat letak kereta adalah percuma sehinggalah ada stesen LRT atau MRT di sebelah Mydin Mall USJ ni. Kalau percuma pastilah ramai yang letak kereta di situ pengguna LRT atau MRT, sedangkan pelanggan Mydin Mall USJ ni pun dah tak cukup tempat letak kereta.

20111231