Tak tahulah ketika ini Mommy dan Master nak ke mana? Tapi kalau melihat kepada papan tanda tu rasanya macam di Kuala Pilah, mungkin nak balik ke Felda Bukit Rokan Utara...

Jika nak balik ke Felda Bukit Rokan Utara melalui Kuala Pilah, kita akan menuju ke kanan iaitu ke Tampin atau Melaka. Dari Salak Tinggi atau Seremban, kita akan melalui Taman Rekreasi Ulu Bendul sebelum menemui persimpangan ini.

Ia adalah simpang empat tetapi lebih kepada simpang 3 sebab ada 1 lorong itu dilarang masuk dari jalan besar. Jika anda perhatikan di belakang papan tanda tu ada satu bangunan bertarikh 1965, menunjukkan Kuala Pilah ini memang ada mempunyai bangunan-bangunan lama yang masih digunakan dan rekaannya memang klasik.

Gambar sebuah papan tanda di pekan Kuala Pilah pada 30 September 2008 jam sebelas pagi.

Gambar menunjukkan satu papan tanda jalan berlatarbelakang bangunan lama yang dibina pada tahun 1965.

Arah kiri menuju ke:

  1. Bahau, sebuah pekan yang mempunyai stesen keretapi milik Keretapi Tanah Melayu Berhad yang menyambungkan landasan keretapi timur dan barat semenanjung Malaysia.
  2. Karak
  3. Kuantan, ibu negeri Pahang.
  4. Pejabat Jurutera Daerah JKR Kuala Pilah
  5. Kompleks Jabatan Kerajaan Kuala Pilah
  6. Kem Karisma PLKN (Pusat Latihan Khidmat Negara)

Manakala arah kanan menuju ke:

  1. Tampin, sebuah pekan yang terletak dalam Negeri Sembilan dan Melaka, dipisahkan oleh sebatang jalan.
  2. Melaka, bandar bersejarah di Malaysia yang menjadi pusat Kesultanan Melayu Melaka.
  3. Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan

Gambar ini dirakamkan menggunakan kamera digital Samsung Techwin <Digimax S600 / Kenox S600 / Digimax Cyber 630> pada 30 September 2008 11:03.

Malangnya kamera digital ini rosak setelah kami merakam gambar api secara langsung. Kebanyakan jurugambar mencadangkan agar dielakkan perakam gambar api dan matahari secara langsung. Tak tahulah jika cadangan itu masih terpakai sehingga sekarang?